Thursday, January 23, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Christopher Raj tidak pertahan jawatan Exco FAM

    KUALA LUMPUR, 22 JAN – Ahli Jawatankuasa Eksekutif (Exco) Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Christopher Raj, mengumumkan tidak mempertahankan jawatan berkenaan pada Kongres Pemilihan badan induk itu bulan depan.

    Beliau berkata keputusan itu dibuat Oktober lepas bagi memberi peluang kepada pemimpin lain menggalas tanggungjawab berkenaan yang disandangnya sejak 2017.

    “Justeru, 15 Januari lepas ialah hari terakhir saya menunaikan tanggungjawab hadir ke mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM sebagai Exco.

    “Selepas lapan tahun berkhidmat, diakui ini bukanlah satu keputusan yang mudah tetapi ia adalah jalan terbaik untuk saya fokus sepenuhnya kepada kerjaya hakiki,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

    Kongres Pemilihan Jawatankuasa Eksekutif FAM bagi penggal 2025-2029 akan berlangsung 15 Februari. – Bernama

    Gambar bertarikh 9 Jun 2022 menunjukkan Christopher Raj bercakap semasa sidang media 17 di Wisma FAM. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda