Sunday, May 5, 2024
29 C
Brunei

    -

    Cologne dilarang tandatangani pemain baharu

    COLOGNE, JERMAN, 30 MAC – Kelab bola sepak Jerman, Cologne berkata FIFA telah melarangnya daripada menandatangani pemain baharu musim depan sebagai hukuman kerana melanggar peraturan perpindahan dalam kes penyerang berusia 17 tahun yang berbakat dari Slovenia.

    Cologne berkata dalam satu kenyataan kelmarin bahawa mereka dituduh menghasut Jaka Cuber Potocnik untuk menamatkan kontraknya dengan Olimpija Ljubljana di negara asalnya.

    Cologne berkata tribunal FIFA mendenda kelab itu 51,750 euro (AS$56,100), melarangnya daripada menandatangani pemain baharu dalam dua jendela perpindahan akan datang, dan menggantung Potocnik selama empat bulan.

    Kelab itu, yang mengumumkan rancangan untuk merayu keputusan itu kepada Mahkamah Timbang Tara Sukan, mendakwa bahawa Potocnik meninggalkan Olimpija kerana ‘pelbagai pelanggaran kontrak’ dan mengatakan ia mempunyai bukti menunjukkan mereka tidak menghasutnya untuk meninggalkan kelab.

    FIFA tidak menyiarkan sebarang butiran mengenai kes itu.

    Penyokong Cologne menyalakan suar sebelum perlawanan bola sepak Bundesliga Jerman antara Borussia Dortmund dan FC Cologne di Dortmund, Jerman. – AP

    Potocnik dianggap sebagai salah satu bakat muda paling cemerlang dalam bola sepak kelab Jerman. Dia telah menjaringkan 13 gol dalam kebanyakan perlawanan dalam liga bawah 19 tahun untuk Cologne musim ini dan telah mewakili pasukan kebangsaan bawah 19 tahun Slovenia.

    Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, FIFA telah meningkatkan usaha untuk menguatkuasakan peraturan di seluruh dunia dalam pasaran perpindahan antarabangsa yang amat sengit, terutamanya sekitar pembelian pemain di bawah umur 18 tahun.

    Chelsea menjalani larangan perpindahan untuk satu jendela pada 2019 selepas sekatan dikurangkan daripada dua jendela pemindahan semasa rayuan.

    Manakals Kelab Perancis, Marseille sedang dalam proses merayu larangan yang dikenakan ke atas pembelian pemain tengah Senegal, Pape Gueye. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pakistan catat hujan paling tinggi pada April dalam tempoh lebih 60...

    ISLAMABAD, 5 MEI - Pakistan mengalami bulan April paling banyak menerima curahan hujan sejak 1961, iaitu dua kali ganda hujan daripada biasa untuk bulan...