Saturday, April 27, 2024
26.1 C
Brunei

    -

    Myanmar larang tangkap ikan 3 bulan

    YANGON, 30 MAC – Myanmar akan mengharamkan penangkapan ikan selama tiga bulan di laut wilayahnya antara 1 April dan 30 Jun tahun ini, menurut Kementerian Pertanian, Ternakan dan Pengairan negara itu hari ini.

    Larangan menangkap ikan pada musim bertelur ikan berkenaan bertujuan untuk melindungi sumber orga-nisma akuatik kerana penangkapan ikan yang berlebihan mengancam sumber perikanan.

    “Peraturan larangan menangkap ikan harus dipatuhi. Jika kita menangkap ikan secara berlebihan pada zaman kita, sumber ikan boleh kehabisan dan spesies ikan boleh pupus. Kita mesti memberi masa untuk ikan bertelur,” U Hla Tun, timbalan setiausaha tetap Kementerian Pertanian, Ternakan dan Pengairan, memberitahu Xinhua.

    Dalam tempoh larangan menangkap ikan tersebut, Myanmar hanya akan mengeksport lebihan hasil laut daripada penggunaan domestik, katanya sambil menambah bahawa eksport hasil laut dalam tempoh tersebut dijangka menurun. – Xinhua

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...