Oleh Nour Maghfirah
BANDAR SERI BEGAWAN, 9 SEPT – Majistret Syaffina binti Shahif kelmarin menjatuhkan hukuman penjara dua tahun enam bulan kepada Hamidon bin Haji Mustapa, 54, selepas dia mengaku bersalah mencuri coklat dari kedai tempatanM dengan mengambil kira rekod jenayahnya yang panjang sebagai faktor utama dalam keputusan hukuman itu.
Mahkamah mendengar keterangan daripada Pegawai Pendakwa Atikah Husaini bahawa Hamidon dan seorang rakan subahatnya yang masih bebas telah melakukan kecurian di sebuah kedai di Kiarong pada 11 Ogos lalu. Kecurian itu membabitkan tujuh batang coklat, yang diambil dari kedai itu tanpa bayaran.
Ikuti berita lanjut di Media Permata keluaran Selasa.