Tuesday, May 21, 2024
24.6 C
Brunei

    -

    Darah nifas berhenti seketika di dalam tempoh nifas

    (Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)

    Disediakan oleh Jabatan Mufti Kerajaan

    Sambungan dari minggu lepas

    Di dalam tempoh tersebut, sembahyang qadha’ yang dikerjakannya juga adalah tidak sah dan wajib diulang semula. Bagaimanapun sembahyang yang dikerjakannya secara tunai tidak wajib diqadha’, sekalipun dalam keadaan ini dihukumkan tidak sah. Ini kerana pada asalnya, sembahyang tunai itu telah dikerjakannya di dalam tempoh haidh, sedangkan di dalam tempoh haidh tidak diwajibkan ke atas perempuan haidh untuk menunaikan sembahyang fardhu.

    Hukum puasa sunat yang dikerjakannya pula, adalah juga tidak sah, akan tetapi dia tetap memperolehi ganjaran pahala di atas niatnya melakukan ibadat tersebut sebagai suatu ketaatan. Bagaimanapun dia tidak memperolehi ganjaran pahala atas puasa sunat itu sendiri, disebabkan puasa sunat tersebut adalah tidak sah kerana dikerjakan di dalam tempoh haidh.

    Di samping itu, perbuatan suami menyetubuhi isteri dalam tempoh bersih tersebut secara dasarnya tidak dibolehkan, bagaimanapun tidak dihukumkan berdosa disebabkan kejahilan atau tidak mengetahui dengan pasti akan keadaan darah nifas, sama ada akan keluar semula ataupun tidak.

    Manakala dalam keadaan yang kedua di atas, segala ibadat yang dilaksanakan dan selainnya adalah sah. Ini kerana tempoh bersih (an-naqa’) di antara kedua-dua darah tersebut dihukumkan sebagai tempoh suci.

    DARAH NIFAS BERHENTI SEKETIKA DI DALAM TEMPOH NIFAS

    Kadang kala perempuan yang masih di dalam tempoh nifas, iaitu belum mencapai had maksimum nifas 60 hari, mengalami situasi di mana darah nifasnya itu berhenti untuk satu jangka masa tertentu. Kemudian dia melihat darah keluar semula.

    Gambar Freepik

    Perkara yang perlu diambil perhatian di sini ialah di dalam situasi yang disebutkan di atas; bermula daripada keluar darah nifas yang pertama, kemudian darah nifas berhenti seketika, kemudian diikuti oleh darah yang kedua sehinggalah darah tersebut kering atau berhenti, kesemuanya ini berlaku di dalam had tempoh nifas dan tidak melebihi 60 hari.

    Untuk memastikan hukum darah yang keluar semula di dalam tempoh nifas, iaitu setelah darah nifas berhenti seketika, terlebih dahulu hendaklah diperhatikan kepada jangka masa darah nifas itu berhenti sebelum darah yang kedua keluar semula, sama ada dalam tempoh 15 hari atau lebih, ataupun kurang daripada tempoh 15 hari. Penjelasannya adalah seperti berikut.

    Pertama: Jika darah nifas berhenti selama suatu tempoh kurang daripada 15 hari, kemudian dia melihat darah keluar semula, maka darah yang keluar semula kali kedua itu dihukumkan sebagai darah nifas. Manakala tempoh bersih (an-naqa’) yang kurang daripada 15 hari di antara kedua-dua darah tersebut dihukumkan sebagai tempoh nifas berdasarkan pandangan (qaul) as-sahab. Demikianlah pendapat al-mu‘tamad.

    Sebagai contoh, seorang perempuan telah mengalami nifas selama 30 hari, kemudian darah nifasnya kering atau berhenti selama 10 hari. Setelah tempoh kering itu, dia melihat darah keluar semula. Darah yang keluar semula kali kedua itu adalah dikira sebagai darah nifas.

    Kedua: Jika darah nifas berhenti selama 15 hari atau lebih, kemudian dia melihat darah keluar semula, darah yang keluar semula kali kedua itu dihukumkan sebagai darah haidh, jika cukup syarat-syarat haidh. Manakala tempoh bersih (an-naqa’) di antara kedua-dua darah tersebut (15 hari ataupun lebih) adalah dikira tempoh suci di antara darah nifas dan darah haidh yang keluar selepas itu.

    Sebagai contoh, seorang perempuan telah mengalami nifas selama 30 hari, kemudian darah nifasnya kering atau berhenti selama 15 hari atau lebih. Setelah tempoh kering itu, dia melihat darah keluar semula. Darah yang keluar semula kali kedua itu adalah darah haidh, sekalipun dia masih berada di dalam lingkungan tempoh maksimum nifas, iaitu 60 hari.

    HUKUM IBADAT DALAM TEMPOH BERSIH (AN-NAQA’) YANG DIHUKUMKAN SEBAGAI NIFAS

    Apabila berhadapan dengan darah nifas yang berhenti seketika di dalam tempoh nifas, persoalan yang mungkin timbul ialah bagaimana dengan kedudukan kewajipan ibadat dan perkara selainnya? Penjelasannya seperti berikut.

    Sekiranya dia melihat darah nifas berhenti atau kering, maka wajib ke atasnya mandi mengangkat hadats dan melaksanakan kewajipan lain seperti sembahyang dan puasa.

    Demikian juga, dia boleh melakukan tawaf, membaca al-Qur’an, memegang dan menanggung mushaf, i‘tikaf, bersetubuh dan selainnya sepertimana tiada larangan ke atas perempuan yang suci. Para ulama tidak ada percanggahan dalam perkara ini. Ini kerana pada ketika itu tidak diketahui adakah darahnya akan kembali semula ataupun berhenti (sudah kering).

    Bagaimananapun sekiranya pada hari-hari seterusnya dia mendapati darah keluar semula, sepertimana dalam keadaan pertama di atas, maka menurut pandangan (qaul) as-sahab, ibadat yang dilaksanakannya dalam tempoh bersih (an-naqa’) itu adalah batal (tidak sah) serta wajib diqadha’, umpamanya puasa fardhu, jika ada.

    Di dalam tempoh tersebut, sembahyang qadha’ yang dikerjakannya juga adalah tidak sah dan wajib diulang semula. Bagaimanapun sembahyang yang dikerjakannya secara tunai tidak wajib diqadha’, sekalipun dalam keadaan ini dihukumkan tidak sah. Ini kerana pada asalnya, sembahyang tunai itu telah dikerjakannya di dalam tempoh haidh, sedangkan di dalam tempoh haidh tidak diwajibkan ke atas perempuan haidh untuk menunaikan sembahyang fardhu.

    Hukum puasa sunat yang dikerjakannya pula, adalah juga tidak sah, akan tetapi dia tetap memperolehi ganjaran pahala di atas niatnya melakukan ibadat tersebut sebagai suatu ketaatan. Bagaimanapun dia tidak memperolehi ganjaran pahala atas puasa sunat itu sendiri, disebabkan puasa sunat tersebut adalah tidak sah kerana dikerjakan di dalam tempoh haidh.

    Di samping itu, perbuatan suami menyetubuhi isteri dalam tempoh bersih tersebut secara dasarnya tidak dibolehkan, bagaimanpun tidak dihukumkan berdosa disebabkan kejahilan atau tidak mengetahui dengan pasti akan keadaan darah nifas, sama ada akan keluar semula ataupun tidak.

    Manakala dalam keadaan yang kedua di atas, segala ibadat yang dilaksanakan dan selainnya adalah sah. Ini kerana tempoh bersih (an-naqa’) di antara kedua-dua darah tersebut dihukumkan sebagai tempoh suci.

    DARAH NIFAS BERHENTI SETELAH MENCAPAI 60 HARI

    Seperti yang telah dijelaskan, tempoh maksimum darah nifas adalah 60 hari dan malamnya. Oleh yang demikian, apabila perempuan yang bernifas telah mencapai had nifasnya 60 hari serta darah nifasnya berhenti atau kering, maka dia dihukumkan suci daripada nifas.

    Sekiranya dia melihat darah keluar semula selepas hari ke 60 itu, maka darah yang keluar semula kali kedua itu dihukumkan darah haidh, sekalipun darah nifas itu berhenti atau putus hanya satu lahzah atau detik. Manakala tempoh bersih antara nifas dan haidh yang selepasnya itu pula adalah tempoh suci.

    PERBEZAAN TEMPOH SUCI DI ANTARA DARAH HAIDH DAN DARAH NIFAS

    Tempoh suci di antara dua haidh adalah berbeza daripada tempoh suci di antara haidh dan nifas (atau sebaliknya). Ini kerana tempoh suci di antara dua haidh hendaklah diselangi dengan tempoh suci sekurang-kurangnya 15 hari berturut-turut (secara berterusan).

    Manakala tempoh suci di antara haidh dan nifas (atau sebaliknya) tidak disyaratkan diselangi dengan tempoh suci sebanyak 15 hari di antara keduanya.

    Dengan erti kata lain, tempoh suci di antara haidh dan nifas boleh sahaja kurang daripada 15 hari.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mengundi dalam pilihan raya fasa kelima

    AYODHYA, 20 MEI - Berjuta-juta orang India di 49 kawasan pilihan raya mula membuang undi pada hari ini ketika pilihan raya selama enam minggu...