Wednesday, January 15, 2025
26.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Debby landa Carolina Selatan kali kedua

    HUGER, 8 OGOS – Ribut Tropika Debby telah melanda Carolina Selatan buat kali kedua dalam perjalanannya ke Pantai Timur, di mana penduduk sejauh utara Vermont mungkin akan mendapat beberapa sentimeter hujan pada hujung minggu ini.

    Pusat Taufan Kebangsaan (NHC) berkata Debby tiba di darat pada awal hari ini berhampiran Bulls Bay, Carolina Selatan. Ribut itu dijangka terus bergerak ke kawasan pedalaman, membawa hujan lebat dan kemungkinan banjir sepanjang jalan hingga ke kawasan pertengahan Atlantik dan Timur Laut menjelang hujung minggu.

    Debby pertama kali melanda sebagai taufan Kategori 1 pada awal Isnin di Pantai Teluk Florida. Kini ia diklasifikasikan sebagai ribut tropika dengan angin maksimum berterusan pada 80 kilometer sejam.

    Banjir yang besar dijangka melanda sebahagian timur Carolina Selatan dan tenggara Carolina Utara hingga Jumaat, dengan tambahan 8 hingga 23 sentimeter hujan yang diramalkan, serta di beberapa kawasan di Virginia, menurut pusat taufan. – AP

    Sebuah kereta ditenggelami air berhampiran Spruill Ave di North Charleston, Carolina Selatan pada 6 Ogos. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda