Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Doktor UK gesa kerajaan bertindak tangani ‘wabak vaping’

    LONDON, 28 OGOS – Doktor terkemuka di United Kingdom (UK) hari ini menggesa kerajaan meluluskan undang-undang bagi menangani ‘wabak vaping’, khususnya dalam kalangan orang muda, dengan mengharamkan rokok elektronik pakai buang dan semua perisa kecuali tembakau.

    Gesaan ini dibuat bersama penerbitan laporan Persatuan Perubatan British (BMA) yang dikatakan sebagai ‘pelan tindakan’ untuk ‘langkah berani yang diperlukan’.

    Kerajaan Parti Konservatif sebelum ini telah mengumumkan rancangan pada awal tahun ini untuk menghentikan merokok, di samping mengharamkan rokok elektronik pakai buang dan mengehadkan perisa serta pembungkusannya.

    Pentadbiran Parti Buruh yang baharu yang mula berkuasa awal bulan lalu telah mengembalikan semula draf undang-undang tersebut tetapi masih belum memperincikan pendekatannya secara tepat.

    Laporan BMA menyatakan bahawa penggunaan vape dalam kalangan kanak-kanak dan golongan muda telah meningkat hampir enam kali ganda dalam 10 tahun yang lalu.
    Ia menggesa kerajaan supaya jangan ‘mengelak daripada mengambil tindakan berani’ untuk ‘menghentikan trend ini’.

    “Tidak dinafikan bahawa kita sedang hidup dalam wabak vaping,” kata Profesor David Strain, Pengerusi Lembaga Sains BMA, dalam komen yang mengiringi penerbitan laporan itu.

    Beliau menyatakan bahawa satu daripada 10 sepuluh orang dewasa kini menggunakan vape, sambil menyebut peningkatan enam kali ganda dalam kalangan mereka yang berumur antara 11 dan 17 tahun yang kini menggunakan vape sebagai ‘sangat membimbangkan’. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda