Monday, September 16, 2024
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua pelanggan bertuah diraikan

    Oleh Sim Y.H. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 SEPT – Dua pemenang bertuah diraikan dalam Majlis Penyampaian Hadiah Promosi Dine & Win Singapore Food Festival 2024 yang berlangsung di Restoran Anjung Saujana, Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, baru-baru ini.

    Menurut kenyataan Royal Brunei Culinary (RBC), promosi tersebut berlangsung dari 1 Ogos hingga 17 Ogos, memberikan peluang kepada pelanggan untuk menyertai pertandingan Dine & Win dengan tawaran hadiah menarik.

    Para peserta berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik termasuk hadiah utama iaitu pakej percutian tiga hari, dua malam ke Singapura untuk dua orang dan hadiah kedua iaitu tiket penerbangan ke Singapura untuk dua orang yang ditaja oleh Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD).

    Pada majlis tersebut, hadiah kedua telah dimenangi oleh Hajah Dahliana binti Haji Aliakbar, yang disampaikan oleh Timbalan Ketua Kumpulan Perbankan Runcit BIBD, Awang Junaidi Bahrum.

    Sementara itu, hadiah utama telah dimenangi oleh Hajah Norhana binti Haji Mohamed disempurnakan oleh Pengurus Kanan RBC, Alvin Voon.

    Restoran Anjung Saujana turut merakamkan ucapan tahniah kepada para pemenang bertuah dan penghargaan kepada semua pelanggan atas sokongan luar biasa sepanjang tempoh promosi tersebut.

    Para pemenang bergambar ramai bersama hadiah yang telah dimenangi. – GAMBAR SERAHAN RBC
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda