Tuesday, September 10, 2024
26.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua suspek pengganas ditahan di Jakarta, Indonesia

    JAKARTA, 7 OGOS – Skuad antikeganasan polis nasional Indonesia, Densus 88 telah menahan dua individu kerana disyaki melakukan aktiviti keganasan, menurut juruca-kap skuad itu, Aswin Siregar pada hari ini.

    Suspek yang didakwa mempunyai kaitan dengan kumpulan Islamic State (IS), ditahan di bahagian barat ibu kota Jakarta, kelmarin.

    Siregar berkata, kedua-dua suspek aktif berkongsi kandungan menyokong kumpulan IS di media sosial dan mempunyai rancangan untuk melakukan tindakan pengganas.

    Skuad antikeganasan juga merampas senapang airsoft, bendera IS dan bahan-bahan letupan, dalam kes ini, tambahnya. – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda