Tuesday, September 10, 2024
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ekonomi Malaysia dijangka terus berkembang

    KUALA LUMPUR, 6 OGOS – Ekonomi Malaysia berada di landasan yang baik meskipun berdepan risiko kemelesetan di Amerika Syarikat (AS), kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

    “Ekonomi sebenar adalah yang paling penting.

    “Sebab itu kita melihat kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), Malaysia sememangnya kukuh.

    “Kita berada di landasan yang baik dan akan terus berkembang,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) Inspire 2024 hari ini.

    Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai impak kemungkinan kemelesatan AS terhadap ekonomi negara.

    Amir Hamzah berkata unjuran Jabatan Perangkaan Malaysia bahawa ekonomi negara akan berkembang 5 peratus pada separuh pertama 2024, berada pada tahap tertinggi berbanding jangkaan Kementerian Kewangan sebanyak 4 peratus hingga 5 peratus.

    “Sebab itulah, ringgit meningkat, bukan sahaja kerana AS ingin menurunkan kadar faedah tetapi turut kerana dasar yang bagus dibangunkan oleh kerajaan.

    “Kita lihat ada banyak perkembangan yang baik dan tahap keyakinan juga meningkat,” katanya. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda