ULASAN BUKU OLEH RAZ AS APABILA dunia dibelenggu kegelapan kerana kekurangan tenaga global, para saintis terbaik dunia mempunyai sebuah rancangan terhebat, untuk mendirikan jana kuasa solar di bulan. Namun untuk merealisasikan rancangan tersebut, seseorang harus pergi ke sana dan membangunkan fasiliti tersebut. Dan semuanya terletak pada bahu CatStronauts, kucing-kucing angkasa terhebat di planet ini.