JAKARTA, 16 JAN – Empat ekor orang utan telah dilepaskan ke dalam hutan di wilayah Kalimantan Timur, Indonesia, selepas berjaya menyelesaikan program pemulihan, menurut kenyataan daripada Badan Konservasi Sumber Daya Alam (BKSDA) Kalimantan Timur hari ini.
Proses pelepasan itu dilakukan di Hutan Lindung Gunung Batu Mesangat, daerah Kutai Timur, pada Sabtu lalu.
Orang utan tersebut terdiri daripada seekor jantan berusia 18 tahun bernama Paluy dan tiga betina iaitu Bonti, Jojo dan Mary, masing-masing berusia 12, 12 dan 10 tahun.
“Pelepasan ini bertujuan memberi peluang kepada binatang tersebut untuk kembali hidup di habitat semulajadi serta meningkatkan populasi orangutan di kawasan liar,” kata Ari Wibawanto, Ketua BKSDA Kalimantan Timur. – Xinhua