Thursday, November 14, 2024
29 C
Brunei

    Berita Terkini

    FABD cari bakat muda

    Oleh Sim Y.H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 FEB – Persatuan Bola Sepak Brunei (FABD), kini membuka peluang kepada pemain-pemain bola sepak yang berusia 21 tahun ke bawah (B-21) untuk menyertai sesi pemilihan yang akan diserapkan ke dalam pasukan kebangsaan.

    Dalam hubungan itu, pemain-pemain yang lahir pada tahun 2005, 2006, 2007 dan 2008 boleh hadir bagi menyertai sesi berkenaan pada 2 dan 3 Mac di Padang Mini Stadium FABD bermula pukul 4 petang.

    Pemilihan pemain-pemain B-21 berkenaan merupakan langkah awal FABD untuk membentuk pemain-pemain berpotensi untuk menggalas pasukan negara pada persaingan serantau dan antarabangsa.

    Ketua jurulatih B-21, Awang Aminuddin bin Jumat mengalu-alukan pemain-pemain B-21 untuk hadir menampilkan bakat masing-masing dalam sesi pemilihan yang akan diadakan itu nanti.

    “Kita yakin bahawa banyak pemain muda yang berpotensi dan bersemangat tinggi mempunyai cita-cita untuk menyarung jersi kebangsaan.

    “FABD akan sentiasa memberikan dorongan untuk mencapai hasrat tinggi mereka,” tambahnya.

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda