Friday, March 14, 2025
29.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Faisal Halim kembali semula ke skuad Harimau Malaya

    KUALA LUMPUR, 13 MAC – Pemain bola sepak Faisal Halim dipanggil semula ke skuad Malaysia hari ini, hampir setahun selepas kariernya tergugat akibat serangan asid yang menyebabkan kecederaan serius.

    Pemain berusia 27 tahun yang mesra disapa Mickey itu mengalami luka lecur tahap empat di leher, bahu, tangan dan dada selepas diserang di sebuah pusat membeli-belah di luar Kuala Lumpur pada Mei tahun lalu.

    Beliau menghabiskan tiga minggu di hospital dan menjalani beberapa pembedahan.

    Sehingga kini, tiada sesiapa yang disabitkan kesalahan berhubung serangan itu.

    Faisal Halim kembali beraksi bersama kelabnya, Selangor, pada Ogos lalu dan hujung minggu lepas, beliau menjaringkan hatrik dalam perlawanan liga.

    Faisal Halim selepas menjaringkan gol pertamanya selepas insiden simbah asid yang menimpa dirinya pada Mei tahun lalu. – Bernama

    Jurulatih Malaysia, Peter Cklamovski menyenaraikan Faisal Halim dalam skuad 27 pemain menjelang kelayakan Piala Asia di laman sendiri menentang Nepal pada 25 Mac ini.

    Faisal Halim merupakan pemain utama skuad kebangsaan, sejak membuat penampilan sulung pada 2019 tetapi tidak beraksi sejak insiden serangan itu.

    Jaringannya ketika menentang Korea Selatan dipilih sebagai gol terbaik Piala Asia tahun lalu.

    “Saya bercakap dengan Mickey minggu lalu. Saya mahu melihat hasrat dan pemikirannya dalam situasi ini,” kata Cklamovski. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda