ROTTERDAM, 23 JAN – Dua gol sumbangan penyerang Mexico, Santiago Gimenez dan keutuhan benteng pertahanan membantu pasukan Belanda, Feyenoord, melakar kemenangan mengejutkan 3-0 ke atas gergasi Bundesliga Bayern Munich dalam aksi Liga Juara-juara, kelmarin.
Kekalahan mengejut itu bermakna Bayern, juara Eropah enam kali, berkemungkinan besar beraksi pada peringkat play-off untuk mara ke pusingan 16 terakhir.
“Kami tidak takut dengan playoff Liga Juara-juara. Jika kami perlu ke sana, maka kami akan pergi,” kata jurulatih Bayern, Vincent Kompany.
“Kami perlu berada di lapan teratas. Format itu direka untuk mencetus tekanan. Tetapi seperti yang saya katakan, kami perlu meraihnya,” tambahnya.
Feyenoord menafikan prestasi domestik mereka yang lemah baru-baru ini, mengawal benteng pertahanan dengan teguh dan melakukan serangan balas pantas terhadap lawan. – AFP