Friday, November 15, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Froome jangka cabaran ‘lebih menarik’

    SYDNEY, 31 Jan – Juara tiga kali Tour de France Chris Froome hari ini berkata dia mengharapkan Herald Sun Tour tahun ini akan ‘lebih menarik’ dengan persaingan sukar menentang pencabar tempatan dan antarabangsa.

    Juara bertahan Herald Sun Tour yang melancarkan musim 2017 di Australia berkata penunggang tempat kedua Giro d’Italia tahun lepas, Esteban Chaves (ORICA-Scott) dan penunggang lain berada dalam ‘kedudukan yang amat bagus’.

    “Tahun ini akan menjadi lebih bersaing dengan adanya Chaves di sini,” kata Froome (Team Sky) menjelang prolog jelajah esok.

    “Tahun lepas saya melihat tahap perlumbaan di sini di Australia adalah begitu tinggi bagi tahap tempatan dan saya rasa terdapat lebih ramai penunggang yang tidak semestinya berada dalam radar kami yang akan kami saingi di sini,” tambah penunggang dari Britain berusia 31 tahun.

    Bintang tempatan, Simon Gerrans (ORS), yang berada di kedudukan kedua dalam Cadel Evans Great Ocean Road Race Ahad lalu dan memenangi Herald Sun sebanyak dua kali, berkata objektif utamanya adalah untuk memenangi jelajah keseluruhan bagi pasukannya.

    “Terdapat beberapa peringkat. Kemungkinan selepas Falls Creek yang saya rasakan saya boleh menjadi pesaing sebenar tetapi objektif besar minggu ini adalah untuk memenangi keseluruhannya,” katanya.

    “Jika peringkat pertama berjalan lancar dan kami mendapatkan Esteban di sana, kami berharap dapat mempertahankan pendahuluan dari sana. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda