Friday, May 3, 2024
24 C
Brunei

    -

    Gunawan siap baju ala ‘Indiana Jones’, takut digigit nyamuk

    Pereka fesyen sensasi, Ivan Gunawan memberitahu dia terpaksa menyediakan pakaian khas sepanjang percutian di Uganda kerana takut digigit nyamuk.

    Memetik laporan mStar, Ivan Gunawan Putra, 42, berkata dia memilih pakaian seperti karakter dalam filem Hollywood, Indiana Jones bagi melindungi tubuhnya daripada digigit haiwan penghisap darah itu.

    “Dalam fikiran saya, saya mahu pakai baju seperti Indiana Jones, dengan kasut boot… saya takut nyamuk dan macam-macam lagi,” katanya.

    Dalam pada itu, Ivan memberitahu percutiannya ke Uganda bertujuan untuk melawat masjid yang dibinanya pada dua tahun lalu.

    Ivan berharap agar lawatannya itu dapat membuka lebih banyak peluang untuk membina lebih banyak masjid bagi kegunaan penduduk beribadah.

    “Ya saya sudah membulatkan niat dan tekad. Memang ini tujuannya setelah masjid dibina, saya teringin ke sana untuk melihat.

    “Tujuannya buat kebaikan untuk ramai orang. Siapa tahu nanti ada lagi rezeki buat masjid selanjutnya,” ujarnya.

    Untuk rekod, Ivan membangunkan masjid yang diberi nama Masjid Indonesia terletak di daerah Butanjwa Hoima, Uganda pada 16 April 2022. – Agensi

    Ivan akui tidak sabar untuk melawat masjid yang dibinanya di Uganda. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Parlimen Korea S luluskan siasatan baharu insiden kematian Marin

    SEOUL, 2 MEI - Parlimen Korea Selatan hari ini meluluskan rang undang-undang untuk mengadakan siasatan baharu ke atas kematian orang ramai semasa Halloween 2022...