Thursday, May 2, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Pencuci mulut eksotik

    KEPONG – Nantikan pengalaman yang tidak dijangka di salah sebuah restoran di Kepong, Kuala Lumpur. Kebanyakannya adalah hasil percubaan cef atau pemilik Marcus Low dengan bahan-bahan asli dan diperoleh di tempat sendiri dan bukannya barangan import.

    Pengunjung telah memberi beberapa ulasan bermula dengan hidangan hirisan daging masak sejuk dan cecah, yang terdiri daripada potongan paprika bakar, kambing kerisik
    dan ayam kampung ham dengan daun kunyit.

    Manakala cecahnya pula terdiri daripada hati ayam atau daging yang dicincang halus bercampur gajus, nam yue, kulim hitam dan jem cerapu.

    Hati yang dicincang itu mempunyai rasa masin yang unik, kulim pula diperkuat dengan rasa bawang putih, manakala cerapu (sejenis manggis asli) mempunyai rasa sedikit masam dan mengingatkan kepada marmalade.

    Kedua-duanya sesuai dimakan bersama roti di atas pinggan. Kambing yang berperisa, disaluti dengan paprika bakar dan kerisik, telah mengingatkan tentang daging lembu salai dan ia tidak memerlukan sebarang hiasan. Mortadella ayam bercampur jagung dengan sedikit haruman dari daun kunyit juga mampu membangkitkan selera.

    Stu lidah lembu dengan keju Swiss. – ANN/The Star
    Cold Cuts dan Dips – kepingan paprika bakar, kambing kerisik dan ayam kampung ham dengan daun kunyit. celupannya pula terdiri daripada hati ayam atau daging yang dicincang halus bercampur gajus, nam yue, kulim hitam dan jem cerapu. – ANN/The Star
    Cendawan kukur pada piza foccacia. – ANN/The Star
    Piza foccacia dengan tomato dan minyak kulim. – ANN/The Star

    Isi ikan tenggiri bakar yang dihiasi dengan telur ikan salmon dihidangkan bersama kerisik yang rangup. Ada juga yang berpendapat mereka suka mengunyah dan merasa kerisik masam yang dihiris nipis dan dipanggang dengan isi ikan.

    Sajian pate cendawan kukur di atas piza foccacia juga kegemaran saya. Cendawan belah yang dikisar menjadi serbuk dan kandungan selulosa yang tinggi adalah faktor pengikat dalam sajian pate yang ringkas dan lazat. Terdapat aroma cendawan halus dan bawang putih dari minyak kulim. Ia serasi dengan roti focaccia yang berkerak dan gebu.

    Bawal goreng dengan tempoyak mayo diletakkan bersama potongan jejari ikan di atas sekeping roti bakar dan disapu dengan mayo tempoyak berkrim bersama kepingan daun limau purut di dalamnya. Tempoyak itu merupakan hasil daripada durian duri panjang yang ditapai. Ia adalah sandwic yang sedap dan peminat durian pastinya akan berulang kali ingin mendapatkannya.

    Stu lidah lembu dengan chimichurri dan bagel adalah salah satu bagel terbaik yang terdapat di tempat itu, terutama sekali bagel.

    Terdapat hirisan lembut lidah lembu rebus yang diapit di dalam bagel, dihiasi dengan sos chimichurri yang masam dan pedas dan ditutup dengan hirisan keju Swiss.

    Menurut ulasan pegunjung, lidah lembunya manis dan berair, seimbang dengan sos. Di sebelah adalah salad kubis (gabungan antara coleslaw dan sauerkraut) dan tomato ceri.

    Kacang pool madhatter, dibuat daripada kacang kuda, kacang merah, cili dan jintan manis, dihiasi dengan telur goreng dan dihidangkan bersama roti.

    Roti dan croissant amat popular di restoran itu. Croissant badam menonjol disebabkan rasa lemaknya, di samping pes badam yang manis dan lazat di dalamnya. Doh croissant mempunyai bahan tersembunyi di dalamnya iaitu gula Melaka, yang diberikan sentuhan tukang roti yang hebat. Pain Aux Bidara dihiasi dengan jujube India merah yang dicincang.

    Roti pisang dengan krim buah pelaga memang hebat, ia lebih seperti kek pisang lembap.

    Cef telah menggunakan dua jenis pisang berbeza untuk sajian itu iaitu pisang raja yang manis dan pisang nangka untuk keasidannya. Keseimbangan adalah sempurna, wangian pisang dengan krim buah pelaga saling melengkapi.

    Tart kopi dan berangan tempatan mempunyai rasa buah berangan manis dari Pahang yang diadun menjadi pes dan digandingkan bersama kopi.

    Pencuci mulut lain yang menarik di kaunter ialah Raspberry Rose Lychee, ceri dan coklat, coklat kasturi dan epal kayu manis.

    Setiap item mempunyai cita rasa eksotik kerana imaginasi Low mengalihkan sempadan batasan dan menjadikan yang biasa menjadi luar biasa. – ANN/The Star

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Parlimen Korea S luluskan siasatan baharu insiden kematian Marin

    SEOUL, 2 MEI - Parlimen Korea Selatan hari ini meluluskan rang undang-undang untuk mengadakan siasatan baharu ke atas kematian orang ramai semasa Halloween 2022...