Monday, January 27, 2025
27.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Haaland pimpin City tewaskan Chelsea

    MANCHESTER, 26 JAN – Erling Haaland menginspirasikan kebangkitan Manchester City daripada ketinggalan 1-0 untuk menewaskan Chelsea 3-1 dan mara ke empat teratas Liga Perdana kelmarin.

    City pulih daripada permulaan mimpi buruk untuk penampilan sulung Abdukodir Khusanov apabila dia menghadiahkan gol pembukaan kepada pelawat, yang dijaringkan oleh Noni Madueke.

    Kemudian Josko Gvardiol menyamakan kedudukan untuk pasukan Guardiola sebelum Haaland mempamerkan gabungan kekuatan dan kemahirannya dalam masa 22 minit sebelum tamat.

    Pemain dari Norway itu kemudiannya membantu Phil Foden membuat jaringan memastikan kemenangan City

    Chelsea hanya menang sekali dalam tujuh perlawanan terakhir Liga Perdana dan jatuh ke tangga keenam dan sekali lagi akan menilai semula persembahan penjaga gol Robert Sanchez selepas kesilapannya membenarkan gol Haaland.

    Kemenangan City meletakkan mereka kembali di kedudukan terdepan untuk layak ke Liga Juara-Juara musim depan.

    “Selepas (bolos gol), penuh emosi, kami (telah) kembali,” kata Guardiola. “Ia benar-benar penting untuk hari Rabu terakhir kami dan untuk perlawanan seterusnya.”

    Guardiola memasukkan pemain baru Khusanov dan Omar Marmoush untuk penampilan sulung mereka.

    Tetapi keputusan itu berbalas hebat dalam kes Khusanov dalam masa tiga minit.

    Pemain Uzbekistan yang pertama bermain dalam Liga Perdana tidak membuat kesilapan dengan tandukan ke arah gawang sendiri sebelum Nicolas Jackson menghantar kepada Madueke untuk menjaringkan gol.

    Haaland kemudianya mengalahkan Trevoh Chalobah dan Sanchez yang telah menyerbu keluar dari gawangnya sebelum menjaringkan gol tanpa sesiapa di depan gawang.

    “Saya rasa gol kedua mengubah mood,” kata Maresca. “Kami pasti mempercayai Robert tetapi pada masa yang sama dia sedar bahawa dia melakukan kesilapan.”

    Haaland kemudian membantu gol ketiga menghantar kepada Foden membuat jaring gol peribadi keenam dalam empat perlawanan liganya. – AFP

    Pep Guardiola bercakap dengan Cole Palmer selepas perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris antara Manchester City dan Chelsea di Stadium Etihad di Manchester, England kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda