Sunday, May 5, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Hailey Bieber tak sabar timang cahaya mata

    Model Hailey Bieber berkongsi tentang perancangan mempunyai anak bersama suaminya iaitu Justin Bieber dalam satu temu bual baru-baru ini.

    Menurut laporan Mirror UK, model berasal Amerika Syarikat berusia 26 tahun itu berkata dia dan Justin sudah bersedia menanti kehadiran cahaya mata namun mengakui takut untuk melalui situasi baharu itu.

    “Saya sangat mahukan cahaya mata tetapi saya takut. Cukuplah orang berkata tentang suami dan rakan-rakan saya.

    “Saya tidak boleh bayangkan sekiranya anak-anak saya menjadi bahan bualan warganet,” katanya.

    Sebelum ini, Hailey juga pernah bercakap soal anak dalam temu bual bersama Harper’s Bazaar iaitu tentang usaha yang dilakukan dalam perkahwinan mereka.

    Hailey terbuka bercakap soal anak. – Agensi

    Hailey berkongsi tentang bagaimana Justin mahu bergegas pulang setiap kali dia terbang ke suatu tempat untuk bekerja.

    “Saya rasa perkahwinan perlu usaha yang dilakukan oleh kedua-dua belah pihak. Pada akhirnya, dia adalah kawan baik saya tetapi masih memerlukan banyak perkara untuk membuatkan ia berhasil.

    “Berkenaan dengan cahaya mata pula, apabila kami ada anak nanti, ia akan menjadi satu lagi tanggungjawab tambahan dalam perkahwinan kami,” ujarnya.

    Untuk rekod, Hailey dan Justin menjalin hubungan cinta pada 2015 hingga sekitar Januari 2016 dan mereka berpisah.

    Pasangan itu kemudiannya menjalin hubungan semula pada Jun 2018 dan bertunang pada Julai berikutnya.

    Pada November 2018, Hailey mendirikan rumah tangga dengan Justin dan mereka masih lagi belum dikurniakan cahaya mata. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...