Saturday, May 18, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    2 cedera dibelasah guna pemukul besbol

    WASHINGTON, 16 MEI – Seorang individu bersenjatakan pemukul besbol memasuki pejabat daerah Perwakilan Demokratik Amerika Syarikat (AS) Gerald E. Connolly di Fairfax, Virginia pada Selasa untuk mencari anggota kongres itu sebelum dia bertindak mencederakan dua kakitangan, lapor agensi berita Jerman (dpa).

    Kedua-dua kakitangan itu telah dihantar ke hospital dan kecederaan mereka tidak mengancam nyawa, menurut ciapan Connolly yang mewakili Daerah ke-11 Virginia sejak 2009.

    “Saya mempunyai pasukan terbaik dalam Kongres dan mereka sedia memberi perkhidmatan kepada masyarakat setiap hari, namun tindakan orang yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan untuk bertindak ganas adalah tidak wajar sama sekali,” katanya.

    Connolly berkata penyerang kini ditahan polis dan tumpuannya sekarang adalah untuk memastikan mereka (kakitangan) menerima rawatan yang diperlukan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 maut dalam banjir kilat di Iran

    TEHRAN, 17 Mei – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam banjir kilat susulan hujan lebat di bandar Mashhad di timur laut Iran, lapor agensi berita...