Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Harith tak curang dengan ratu cantik, hanya kenalan biasa – Dr Jezamine

    Bekas isteri Harith Iskander, Dr Jezamine Lim menyangkal tuduhan mengaitkan pelakon dan pelawak popular itu berlaku curang dengan seorang ratu cantik sebagai punca perceraian, lapor BH Online.

    Mengakui mengenali wanita dimaksudkan, Dr Jezamine menegaskan, mereka bukanlah teman rapat, sebaliknya sekadar kenalan sahaja.

    “Itu hanya spekulasi, jangan ambil serius. Janganlah tumpu perhatian kepada dia, buang masa. Mereka kenal-kenal begitu sahaja.

    “Bukan kawan, tapi bertemu di acara. Hanya hai hai dan bye bye. Bukan duduk lepak dan keluar bersama,” katanya.

    Dalam pada itu, ahli perniagaan itu turut menyifatkan isu yang timbul ibarat ‘menangguk di air keruh’ di kala berita perceraian mereka hangat diperdebatkan.

    Harith dan Dr Jezamine menganggap isu curang digunakan seseorang untuk mengambil kesempatan atas perceraian bagi meraih perhatian media. – mStar

    “Bagi saya, bila isu ini mendapat perhatian media, ramai nak ambil kesempatan.

    “Jadi, sekarang saya sudah tahu siapa kawan sebenar dan siapa yang mahu meraih perhatian media,” katanya ketika ditemui selepas selesai prosiding tuntutan hadanah dan harta sepencarian di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, kelmarin.

    Ditanya adakah wanita berkenaan menghubunginya selepas gosip itu timbul, Dr Jezamine berkata, dia enggan berhubung dengan mana-mana pihak yang mendatangkan aura negatif dalam kehidupannya.

    “Saya tak nak berhubung dengan sesiapa selepas perceraian. Ini kerana saya dan Harith tidak mahu mempunyai hubungan dengan individu negatif.

    “Kalau kita tahu seseorang itu begitu (negatif), jadi jauh sahaja daripada mereka,” katanya lagi.

    Sementara itu, Harith memberitahu, dia tidak tahu menahu mengenai gosip mengaitkan namanya itu. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda