Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hizbullah lancar serangan ke atas tapak tentera Israel

    BEIRUT, 30 OGOS – Kumpulan Hizbullah kelmarin berkata pejuangnya melancarkan operasi ke atas 10 tapak tentera Israel di sepanjang sempadan Lubnan, lapor agensi Anadolu (AA).

    Sebagai tindak balas, Israel melancarkan serangan udara dan artileri ke atas beberapa bandar di selatan Lubnan.

    Menurut kenyataan Hizbullah, pejuangnya menyasarkan tentera Israel berhampiran penempatan Kfar Yuval dan berek tentera Zarit di utara Israel dengan senjata pelancar roket.

    Kumpulan itu kemudian memaklumkan di Telegram bahawa anggotanya menyerang tentera Israel berhampiran berek tentera Doviv dan wilayah Tallet Al-Tayhat dengan senjata serupa. – Bernama

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda