Saturday, March 15, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hong Kong tunda p’raya

    HONG KONG, 31 JULAI – Penyokong demokrasi Hong Kong hari ini menerima tamparan hebat selepas pihak berkuasa menangguhkan pilihan raya selama setahun kerana koronavirus, menamatkan pelucutan kelayakan politik, penangkapan bagi posting di media sosial dan aktivis melarikan diri ke luar negara dalam masa sebulan lalu.

    Pihak demokrasi bandar itu dikecam dan diselar bertalu-talu semenjak Beijing melaksanakan satu undang-undang keselamatan kebangsaan bulan lalu – satu langkah dianggap pemimpin China sebagai ‘senjata’ yang bersedia mencantas pengkritiknya.

    Minggu-minggu selepasnya membawa kegerunan di bandar yang lazimnya lantang bersuara dan sepatutnya diberikan kebebasan tertentu dan autonomi dalam konsep ‘Satu negara, dua sistem’ yang dipersetujui pada penyerahannya daripada Britain dalam 1997.

    Lewat petang ini, ketua eksekutif Carrie Lam, pemimpin pro-Beijing, mengumumkan bahawa pilihan raya September bagi hab kewangan itu akan ditunda setahun menggunakan kuasa kecemasan antivirus.

    Beliau menafikan langkah itu sebagai satu keputusan politik untuk melemahkan pembangkang. “Saya hanya memberikan perhatian terhadap situasi pandemik semasa,” tambahnya.

    Beijing bagaimanapun menyambut baik langkah itu sebagai ‘perlu, munasabah dan sah.’ – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda