Friday, October 18, 2024
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hubungan Sufian Suhaimi dengan kekasih berakhir

    Impian penyanyi Sufian Suhaimi untuk mengakhiri zaman bujangnya bersama wanita dikenali sebagai Rania Al-Sadat nampaknya tidak kesampaian apabila hubungan itu putus di tengah jalan.

    Mendedahkan wanita itu sudah memulangkan cincin risik, Sufian, 32, bagaimanapun berkata hubungannya dengan Rania dan keluarga masih baik serta tidak menyimpan sebarang dendam.

    “Kami masih berkawan cuma hubungan merisik tu dah tiada dah.

    “Tapi semua pihak menerima dengan hati yang terbuka dan tiada rasa dendam,” katanya kepada mStar.

    Sufian berkongsi perkara itu ketika ditemui di Iftar Raya 2024 Rusa dan MVM di Geno Hotel, Subang Jaya, Selangor pada malam Isnin.

    Dalam pada itu, penyanyi lagu Menggenggam Bahagia itu memaklumkan keputusan itu dibuat atas pilihan bersama.

    Kata Sufian lagi, antara punca mereka tidak meneruskan hubungan adaah disebabkan tidak sehaluan.

    “Keputusan tersebut adalah keputusan bersama. Kami tiada bergaduh ke apa sebab kalau ikutkan nak nikah dari tahun lepas cuma ada perkara yang kami rasa perlu bincangkan sebab kami fikir perkahwinan bukan perkara boleh buat dengan tergesa-gesa.

    “Boleh dikatakan tidak sehaluan tapi tidaklah sehingga bergaduh besar. Tiada punca orang ketiga dan pulangkan cincin tu sewaktu minggu kedua bulan Ramadan,” jelasnya. – Agensi

    Cincin risik Sufian sudah dipulangkan Rania. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda