Monday, May 20, 2024
25.6 C
Brunei

    -

    Imigresen Sabah usir 226 pendatang Filipina

    SANDAKAN, 9 MEI – Jabatan Imigresen mengusir 226 pendatang tanpa izin Filipina pulang ke negara asal melalui jalan laut menggunakan pengangkutan Vessel MV Antonia 1 iaitu dari Pelabuhan Sandakan di sini ke Zamboanga, Filipina, kelmarin.

    Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia Sabah, Datuk Sh Sitti Saleha Habib Yusof berkata ia melibatkan 153 lelaki, 56 wanita serta 17 kanak kanak, kesemua mereka berumur antara dua hingga 73 tahun.

    “Kesemua pendatang itu ditahan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

    Beliau berkata pengusiran pendatang itu dilakukan selepas mereka menjalani tindakan penguatkuasaan serta proses perundangan negara.

    Menurutnya pada tahun ini 2,013 pendatang Filipina telah dihantar pulang melalui jalan laut dan udara. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mengundi dalam pilihan raya fasa kelima

    AYODHYA, 20 MEI - Berjuta-juta orang India di 49 kawasan pilihan raya mula membuang undi pada hari ini ketika pilihan raya selama enam minggu...