Sunday, May 5, 2024
29 C
Brunei

    -

    Industri tembakau penyumbang besar pencemaran dunia

    GENEVA, 31 MEI – Industri tembakau adalah ancaman besar tanpa disedari yang menyumbang kepada satu daripada pencemaran terbesar dunia, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

    WHO mendakwa industri itu turut mendorong pemanasan global kerana mengakibatkan aktiviti penebangan berleluasa, menyalah guna keperluan tanah dan air di negara miskin daripada penanaman bahan makanan, ‘menghasilkan’ sisa plastik dan sisa kimia termasuk menghasilkan jutaan tan karbon dioksida.

    WHO dalam kenyataan sempena sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia hari ini, turut menggesa industri tembakau perlu dipertanggungjawabkan untuk menanggung kos pembersihan.

    Laporan bertajuk ‘Tembakau: Meracuni Bumi Kita’ melihat impak terhadap seluruh kitaran daripada tumbesaran tumbuh-tumbuhan sehingga pembuatan produk tembakau, termasuk meliputi penggunaan serta sisa.

    Walaupun kesan kesihatan akibat daripada tembakau sudah didokumentasikan untuk berdekad lamanya, namun dengan tabiat merokok masih menyebabkan lebih lapan juta kematian setiap tahun di seluruh dunia, laporan itu menumpukan terhadap kesan alam sekitar secara lebih meluas.

    Hasil penemuan amat mengecewakan, kata Pengarah Promosi Kesihatan WHO, Ruediger Krech kepada AFP, sambil menempelak industri berkenaan dengan menyifatkan ia sebagai salah satu daripada punca pencemaran terbiar yang diketahui setakat ini.

    Laporan itu menyatakan bahawa industri berkenaan bertanggungjawab ke atas kehilangan sebahagian 600 juta pokok setiap tahun, apabila industri menanam tembakau dan pengeluaran tumbuhan itu menggunakan 200,000 hektar tanah serta 22 bilion air setiap tahun.

    Selain itu, industri berkenaan juga menghasilkan sekitar 84 juta tan karbon dioksida. – AFP

    Anggota sukarelawan mengambil bahagian dalam kempen kesedaran menentang penggunaan tembakau semasa Hari Tanpa Tembakau Sedunia di Kolkata kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pakistan catat hujan paling tinggi pada April dalam tempoh lebih 60...

    ISLAMABAD, 5 MEI - Pakistan mengalami bulan April paling banyak menerima curahan hujan sejak 1961, iaitu dua kali ganda hujan daripada biasa untuk bulan...