Saturday, May 18, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Kisah Lewandowski bersama Bayern kini sudah berakhir

    WARSAW, 31 MEI – Robert Lewandowski menyatakan masanya bersama Bayern Munich sudah berakhir, tanpa mendedahkan perancangan masa depannya, walaupun terdapat laporan mengatakan Barcelona berminat membuat tawaran kepadanya.

    “Hari ini kisah saya dengan Bayern sudah sampai ke penghujungnya,” kata penyerang bintang Poland itu kepada pemberita di Warsaw.

    Dengan kontrak Lewandowski masih berbaki setahun, Barcelona dilaporkan telah membuat tawaran sebanyak 32 juta euro ($34.5 juta) untuk menandatanganinya.

    Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Bayern, Oliver Khan dan pengarah sukan, Hasan Salihamidzic telah menyatakan secara terbuka bahawa kelab itu tidak akan melepaskan Lewandowski sebelum 2023.

    Kahn juga berkata kelmarin bahawa dia kecewa kerana isu pemindahan penyerang bintang itu telah didedahkan kepada umum.

    Barcelona dilaporkan akan menandatangani Robert Lewandowski bagi musim hadapan. – Xinhua

    “Mengapa Robert memilih untuk mengambil jalan ini, saya tidak boleh beritahu awda,” beritahu Kahn kepada Sport1.

    Awal bulan ini, ejen Lewandowski, Pini Zahavi telah memberi amaran kepada Bayern agar tidak mendesaknya daripada memenuhi baki kontraknya yang tinggal.

    “Sudah tentu mereka boleh mengekalkan Robert selama setahun lagi disebabkan tempoh kontraknya sehingga 2023, tetapi saya tidak akan mengesyorkannya kepada mereka,” kata Zahavi kepada akhbar harian Jerman, Bild.

    Dia turut menambah bahawa isu pemindahan Lewandowski bukan semata-mata kerana wang.

    Lewandowski telah memenangi setiap kejuaraan yang ada sejak menyertai Bayern pada 2014, termasuk lapan trofi Bundesliga dengan jumlah keseluruhan 10 trofi setelah memenangi dua dengan bekas kelabnya, Dortmund. Dia juga memenangi Liga Juara-Juara bersama Bayern pada 2020.

    Lewandowski juga adalah penjaring terbanyak dalam Bundesliga musim lalu untuk tahun kelima berturut-turut selepas menjaringkan 35 gol dalam liga utama Jerman. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 maut dalam banjir kilat di Iran

    TEHRAN, 17 Mei – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam banjir kilat susulan hujan lebat di bandar Mashhad di timur laut Iran, lapor agensi berita...