Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Israel tutup pusat pemeriksaan utama di selatan Tebing Barat

    BAITULAHAM, 25 FEB – Tentera Israel pada Ahad menutup pusat peme-riksaan yang merupakan satu-satunya jalan menghubungkan selatan wilayah Tebing Barat dengan kawasan tengah dan utara wilayah terbabit.

    Sumber keselamatan Palestin memberitahu agensi berita, WAFA bahawa tentera rejim menutup sepenuhnya pusat pemeriksaan itu hingga menyebabkan kesesakan lalu lintas dan kelewatan yang tidak dijangka.

    Penutupan terbaharu itu berlaku di tengah-tengah peningkatan sekatan Israel terhadap kebebasan rakyat Palestin di Tebing Barat yang diduduki, sejak tercetusnya pencerobohan rejim Zionis di Semenanjung Gaza pada 7 Oktober 2023. – Bernama

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda