Wednesday, September 18, 2024
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jerman tahan lelaki Syria berkomplot bunuh askar

    BERLIN, 13 SEPT – Pihak berkuasa Jerman berkata hari ini bahawa mereka telah menangkap seorang lelaki Syria berusia 27 tahun yang didakwa merancang serangan ke atas askar menggunakan dua bilah parang besar.

    Suspek, yang dikatakan sebagai pengikut ideologi radikal, ditangkap kelmarin atas tuduhan merancang keganasan serius yang mengancam keselamatan negara.

    Lelaki itu telah memperoleh dua pisau besar sekitar 40 sentimeter panjang dalam beberapa hari kebelakangan ini, kata pendakwa raya di Munich.

    Dia merancang untuk menyerang askar Bundeswehr di bandar Hof di utara Bavaria semasa rehat makan tengah hari mereka, bertujuan ‘untuk membunuh seberapa ramai mungkin antara mereka,” kata pendakwa raya.

    “Suspek ingin menarik perhatian dan mewujudkan rasa tidak selamat dalam kalangan penduduk,” tambah mereka. – AFP

    Sebuah kereta polis bergerak di kawasan kem Upper Franconia, di Hof, Jerman. Penyiasat di Bavaria telah menangkap seorang lelaki Syria berusia 27 tahun kerana merancang untuk menyerang askar Bundeswehr di bandar Hof di utara Bavaria. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda