Sunday, November 17, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jihyo (Twice) pilih atlet olimpik sebagai kekasih

    Vokalis kumpulan Twice iaitu Jihyo dilaporkan sedang menjalinkan hubungan cinta dengan atlet olimpik Korea Selatan, Yung Sung Bin.

    Pasangan itu dikatakan sudah mula menjalinkan hubungan cinta sejak setahun
    lalu selepas diperkenalkan oleh kenalan mereka.

    Sway melaporkan Jihyo, 27 dan Sung Bin, 30, berkongsi minat sama dalam sukan yang membuatkan mereka serasi sebagai pasangan.

    Sung Bin juga dikatakan sering mengunjungi rumah Jihyo memandangkan mereka tinggal berdekatan.

    “Jihyo dan Sung Bin suka bersukan. Sung Bun banyak membantu Jihyo semasa latihan bersama.

    “Sejak itu mereka mula rapat dan akhirnya jath cinta,” katanya.

    Jihyo merupakan ketua kumpulan Twice yang memulakan karier mereka pada 2015.

    Manakala Sung Bin merupakan atlet skeleton atau sukan gelongsor dan pernah meraih pingat emas di Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018 di Pyeongchang, Korea Selatan. – Agensi

    Pasangan ini dilaporkan bercinta sejak setahun yang lalu. – Koreatimes
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda