Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kabinet baharu Thailand dijangka dimuktamadkan minggu ini

    BANGKOK, 20 OGOS – Kabinet baharu Thailand dijangka dimuktamadkan minggu ini, menurut Perdana Menteri Paetongtarn Shinawatra.

    Paetongtarn memberitahu media tempatan di Kolej Pertahanan Nasional kelmarin bahawa beliau menjangka untuk memuktamadkan rundingan dengan pemimpin-pemimpin pakatan pemerintah, yang terdiri daripada partinya Pheu Thai dan 10 parti gabungan lain, mengenai pembentukan Kabinetnya minggu ini.

    Paetongtarn dipetik oleh media tempatan sebagai berkata bahawa beliau tidak pernah berjanji untuk mengekalkan semua anggota kabinet yang dilantik kerajaan Srettha Thavisin.

    Beliau berkata pemimpin Pheu Thai mengadakan pertemuan kelmarin untuk membincangkan calon menteri parti itu, dan beliau akan mengadakan perbincangan dengan anggota utama parti lain hari ini.

    Sementara itu, agensi berita Thailand melaporkan bahawa Timbalan Perdana Menteri Sementara, Phumtham Wechayachai, berkata Pheu Thai akan meminta rakan gabungan mereka untuk mengemukakan calon bagi jawatan kabinet dalam masa terdekat, supaya kelayakan mereka dapat disemak dan bagi mengelak sebarang pergolakan politik yang lebih lanjut.

    Phumtham juga dijangka mempengerusikan mesyuarat kabinet sementara hari ini di Rumah Kerajaan.

    Pakatan pemerintah Thailand terdiri daripada 11 parti diketuai oleh Pheu Thai.- Bernama

    Paetongtarn Shinawatra semasa sidang media selepas upacara pengesahan diraja melantiknya sebagai Perdana Menteri Thailand yang baharu, di Bangkok pada 18 Ogos lalu. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda