Monday, May 20, 2024
24.6 C
Brunei

    -

    Kakitangan SCTSB tamatkan kursus, timba pengalaman

    Oleh Nurdiyanah R. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 MEI – Kira-kira 25 kakitangan SC Tubular Solutions (B) Sdn Bhd (SCTSB) turun ke laut bersama-sama dengan Poni Divers sekali gus menamatkan Kursus Reef Ball Discovery sebagai sebahagian daripada Program Sekolah Reef Ball SCTSB, hari ini.

    Para peserta dapat menyaksikan reef balls yang telah mereka buat awal bulan lepas semasa Kursus Reef Ball Fabricator di Poni Divers di laut Pelong Rock.

    Diketuai Ketua Pegawai Eksekutif Poni Divers dan Pengasas Yayasan Poni, Mohd Tahsin Wong Abdullah, di mana sesi latihan mengajar pembiakan batu karang dan susunan serta peranan coral table.

    Ini diikuti dengan demonstrasi di darat oleh Poni Divers yang kemudiannya akan dipasang di atas bot di laut.

    Dilengkapi dengan pengetahuan dan pengalaman praktikal ini, kakitangan SCTSB di bawah program tersebut akan mengajar golongan pelajar di sekolah yang mengambil bahagian tentang cara membuat reef balls dan menanam batu karang sebagai sebahagian daripada program berkenaan iaitu bagi menyampaikan kemahiran dan pengetahuan kepada pelajar dan memupuk penjagaan alam sekitar.

    Sekurang-kurangnya 12 reef balls telah dikerahkan bersama 72 batu karang yang ditanam dengan sokongan daripada empat buah bot, 12 orang penyelam dan 20 penyelam snorkel dari SCTSB dan Poni Divers.

    Selepas sesi penempatan, para peserta terlibat dalam pembelajaran pembiakan batu karang, tentang sains pertumbuhan karang dan cara mencipta campuran konkrit yang betul bagi konkrit neutral PH untuk coral plugs yang memegang serpihan batu karang bagi pembiakan secara semula jadi pada reef balls.

    Dalam pada itu, para peserta juga akan mendapat peluang untuk melawat terumbu dan melihat perkembangan pertumbuhan batu karang pada reef balls mereka untuk tahun-tahun akan datang dan melawat terumbu SCTSB yang direka khas di Pelong Rock iaitu 72 batu.

    Antara tapak reef balls yang ditanam oleh kakitangan SCTSB. – GAMBAR SERAHAN SCTSB
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mengundi dalam pilihan raya fasa kelima

    AYODHYA, 20 MEI - Berjuta-juta orang India di 49 kawasan pilihan raya mula membuang undi pada hari ini ketika pilihan raya selama enam minggu...