Tuesday, May 21, 2024
24.6 C
Brunei

    -

    Majlis rumah terbuka PEKERTI seri Aidilfitri

    Oleh Yusrin Junaidi – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 MEI – Sambutan Hari Raya masih lagi hangat dirasakan kemeriahannya dengan majlis rumah terbuka dan sambutan seperti yang diadakan oleh Perkumpulan Kebajikan Isteri dan Keluarga Polis (PEKERTI) di Dewan Bankuet, Mes Pegawai Polis Gadong, Ibu Pejabat Polis Gadong.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah isteri Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei, Pengiran Datin Hajah Zauyah binti Pengiran Haji Sulaiman selaku Yang Dipertua PEKERTI.

    Turut hadir ialah ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi PEKERTI serta ahli-ahli PEKERTI dari ketujuh-tujuh cawangannya.

    Majlis diserikan dengan persembahan pentas daripada cawangan-cawangan dan seterusnya Yang Dipertua PEKERTI yang diiringi oleh Pengerusi Badan Sosial PEKERTI, Dayang Afina binti Willy Edwin membuat lawatan ke pondok-pondok Hari Raya di setiap cawangan bagi sesi beramah mesra.

    Di samping itu, majlis dimeriahkan lagi dengan pertandingan Pondok Tercantik yang mana tempat pertama telah dimenangi oleh PEKERTI Cawangan B2, manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi oleh PEKERTI Cawangan E dan PEKERTI Cawangan C1.

    Majlis Hari Raya PEKERTI itu antara lain bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara semua ahli dan menggalakkan ahli untuk sentiasa bersatu-padu.

    Pengiran Datin Hajah Zauyah bergambar ramai bersama ahli-ahli PEKERTI. – GAMBAR SERAHAN PEKERTI
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mengundi dalam pilihan raya fasa kelima

    AYODHYA, 20 MEI - Berjuta-juta orang India di 49 kawasan pilihan raya mula membuang undi pada hari ini ketika pilihan raya selama enam minggu...