Oleh Hajah Saemah Kepli KUALA BELAIT, 4 Mei – Kapal Salvin Opal akan mula beroperasi di perairan Brunei untuk kegunaan Syarikat Mashhor Offshore Painting Services (MOPS) Sdn Bhd bagi kontrak Penyelenggaraan Pelindung Lapisan Permukaan yang telah bermula awal Mac lalu. Kepentingan kontrak tersebut amat signifikan, kerana ia bertujuan untuk melindungi integriti aset, yang menyokong ekonomi negara