Sunday, May 5, 2024
29 C
Brunei

    -

    Kawasan kotej hasil produk makanan halal diwujudkan

    SIBU, 29 JAN – Sebuah kawasan menempatkan pengusaha kotej yang menghasilkan produk makanan halal akan diwujudkan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Nangka bagi memudahkan mereka memperoleh sijil serta logo halal daripada pihak berkaitan.

    Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Dr Annuar Rapaee berkata beliau juga telah mengenal pasti tapak yang sesuai untuk tujuan berkenaan.

    Menurutnya, cadangan untuk membuka kawasan itu telah dikemukakan kepada pihak Perbadanan Pembangunan Eknonomi Sarawak (SEDC) tiga hari lepas dan berharap tindakan susulan boleh dipercepat. “Buat masa ini, kita memang memerlukan kawasan kotej ini. Buat permulaan kita cadang kira-kira 16 unit premis yang bahagian belakangnya menjadi tempat pengeluaran manakala bahagian depan lokasi menjual,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri satu acara di sini, hari ini.

    Dr Annuar yang juga ahli DUN Nangka berkata dengan adanya premis itu nanti akan memudahkan para pengusaha mengemukakan permohonan bagi mendapatkan sijil dan logo halal produk keluaran mereka kepada pihak berwajib untuk kelulusan. – Bernama

    Datuk Dr Annuar Rapaee berkata beliau juga telah mengenal pasti tapak yang sesuai untuk tujuan berkenaan.- Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pakistan catat hujan paling tinggi pada April dalam tempoh lebih 60...

    ISLAMABAD, 5 MEI - Pakistan mengalami bulan April paling banyak menerima curahan hujan sejak 1961, iaitu dua kali ganda hujan daripada biasa untuk bulan...