Friday, October 18, 2024
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kereta api bergerak tanpa pemandu

    NEW DELHI, 26 FEB – Kereta api India berkata hari ini ia telah mengarahkan penyiasatan selepas sebuah kereta api kargo sarat dengan kerikil sejauh 70 kilometer bergerak sendiri tanpa pemandu.

    Kira-kira 50 gerabak berlepas secara solo, bergerak dari negeri utara Jammu dan Kashmir ke Punjab, sebelum dihentikan oleh bongkah kayu yang diletakkan di landasan, kelmarin.

    “Kami telah mengarahkan siasatan,” kata jurucakap Kereta Api Utara, Deepak Kumar, kepada AFP, sambil menambah tiada siapa yang cedera dalam kejadian itu.

    Kereta api itu, yang bergerak dengan kelajuan 100 kilometer sejam, telah dirakam dalam video yang tular di media sosial.

    Insiden itu berlaku selepas kereta api berhenti di stesen kereta api di Jammu untuk pertukaran kru, kata laporan media tempatan. – AFP

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda