Friday, December 27, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kes bunuh pemandu e-hailing dipindah ke Mahkamah Tinggi Tawau

    TAWAU, 7 JULAI – Mahkamah Majistret  hari ini memindahkan kes bekas Ketua Perisikan  ESSCom (Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah) Senior Asisten Komisioner Datuk Mat Zaki Md Zain dan tujuh lain, yang didakwa membunuh seorang pemandu e-hailing, ke Mahkamah Tinggi di sini.

    Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Tawau Suhaila Selag memindahkan kes Mat Zaki, 58, bersama enam pegawai serta anggota polis dan seorang orang awam itu, selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Iskandar Ahmad dan Mohammad Fakhrurazzi Ahmad Salim.

    Terdahulu, pendakwaan mengemukakan pertuduhan baharu ke atas Mat Zaki.

    Dia didakwa bersubahat dengan John Kennedy untuk membunuh Nurman Bakaratu, 61, di sebuah ladang kelapa sawit berdekatan Jalan Anjur Juara, Jalan Apas Baru 5, Tawau antara 7.30 malam hingga 11.30 malam pada 13 Januari lepas. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda