PHOENIX, 9 FEB – The Phoenix Suns mendapat kejutan semalam setelah memperolehi pemain yang memenangi All Star 13 kali, Kevin Durant (gambar – AP) dalam pertukaran pemain daripada Brooklyn Nets, menurut beberapa laporan.
Memetik daripada sumber yang tidak dinamakan, Suns menambah Durant ke barisan pemain All-Star, termasuklah Chris Paul dan Devin Booker, bersama-sama dengan Deandre Ayton.
Phoenix menghantar Cam Johnson, Mikal Bridges, Jae Crowder, empat pilihan pusingan pertama dan draf pampasan kepada Nets.
The Suns juga menerima T.J. Warren dalam perjanjian itu.
Durant yang berusia 34 tahun masih bermain di peringkat elit, dengan purata hampir 30 mata setiap perlawanan musim ini.
Durant dan The Suns telah dikaitkan dengan khabar angin mengenai pertukaran pemain pada sepanjang musim panas lalu, sehingga pertukaran tersebut menjadi kenyataan semalam.
Pertukaran itu berlaku hanya beberapa jam selepas pemilik majoriti baharu Suns, Mat Ishbia diperkenalkan di Phoenix.
Phoenix tidak pernah memenangi kejuaraan NBA. The Suns mara ke pusingan akhir dua musim lalu, tetapi tewas kepada Milwaukee Bucks dalam enam perlawanan. Mereka juga bermain di peringkat akhir pada tahun 1976 dan 1993.
Durant, Paul, Booker dan Ayton nampaknya segera menjadikan francais itu sebagai pesaing gelaran sekali lagi.
The Suns mengalami beberapa kekalahan pada musim ini, tetapi bermain lebih baik dalam beberapa minggu kebelakangan ini.
Mereka melonjak ke tangga kelima dengan rekod 30-26. Booker yang cedera pada paha, dan Paul yang mengalami kecederaan pinggul, kedua-duanya kembali bermain baru-baru ini.
Durant kini sedang pulih daripada kecederaan ligamen pada lutut kanannya, tetapi dijangka beraksi tidak lama lagi.
The Nets baru-baru ini menukar Irving ke Dallas Mavericks, di mana dia akan digandingan dengan Luka Doncic sebagai satu lagi pasukan teratas.
Irving menjaringkan 24 mata dalam penampilan pertama Mavs menentang Clippers kelmarin. – AP