PARIS, 30 JAN – Sampel murni asteroid Bennu yang diangkut ke bumi mengandungi ‘komponen penting’ untuk kehidupan, memberi penerangan baharu berkenaan persoalan abadi tentang bagaimana kehidupan bermula di bumi.
Pendedahan itu, dalam dua kajian yang diterbitkan kelmarin, ialah hasil daripada kajian terhadap 120 gram bahan sampel – kira-kira berat pisang – yang dikumpulkan dari Bennu oleh kapal angkasa OSIRIS-REx NASA pada 2020.
Sampel dari Bennu, yang berada kira-kira 300 juta kilometer dari bumi, telah dikembalikan ke dalam kapsul OSIRIS-REx di mana sebelumnya ia telah dilancarkan pada 2023.
Analisis awal telah pun mendedahkan bukti kandungan karbon tinggi dan air.
Bagaimanapun, penyelidikan baharu mendapati bahawa air yang tersejat pada asteroid induk Bennu meninggalkan ‘bahan mentah’, kata kurator meteorit di Muzium Sejarah Semula Jadi Nasional Smithsonian, Tim McCoy, yang juga ketua pengarang bersama salah satu kajian itu.
“Kami telah menemui langkah seterusnya dalam mengharungi perjalanan kehidupan,” katanya kepada siaran media yang dikeluarkan oleh muzium itu.
Bennu nampaknya telah terbentuk sekitar 65 juta tahun dahulu daripada serpihan asteroid induk sejak kira-kira 4.5 bilion tahun dahulu. – AFP