Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Konvoi motosikal sempena Hari Keputeraan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 JULAI – Bagi menyemarakkan lagi Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-78, seramai 45 orang ahli permotoran Persatuan Kembara Bikers dan beberapa ahli kelab permotoran negara telah mengungkayahkan program permotoran silaturahim Dua Roda BN dan 9-Skull yang berlangsung baru-baru ini.

    Program konvoi berkenaan bermula dari Restoran dan Katering BZY Jerudong menuju Istana Nurul Iman untuk bergambar ramai dan berakhir di Warong Pengkalan Batu Corner.

    Turut hadir dan mengetuai Program Merdeka Ride tersebut ialah pengerusi dan penolong pengurusi, Robe Herman dan Yang Dipertua Persatuan Kembara Bikers, Awang Alias bin Haji Mohd Salleh.

    Program tersebut diadakan bertujuan bagi mengeratkan silaturahim, memupuk perpaduan serta semangat dalam kalangan ahli persatuan permotoran, di samping memeriahkan Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia.

    Perjalanan secara konvoi di antara ahli Persatuan Kembara Bikers dan ahli permotoran lainnya. – GAMBAR SERAHAN PERSATUAN KEMBARA BIKERS
    GAMBAR SERAHAN PERSATUAN KEMBARA BIKERS
    GAMBAR SERAHAN PERSATUAN KEMBARA BIKERS

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda