Friday, September 6, 2024
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Labuan sambut Hari Kebangsaan secara sederhana

    LABUAN, 19 JULAI – Penganjuran sambutan Hari Kebangsaan di Labuan bakal berlangsung secara sederhana tahun ini, namun masih mengekalkan beberapa program utama, kata Pengarah Jabatan Penerangan Labuan, Azman Sipan.

    Acara sambutan itu akan bermula di Kompleks Taman Kewangan dan perasmiannya bakal disempurnakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa.

    Antara program utama ialah Konvoi Merdeka atau Kembara Merdeka Jalur Gemilang yang melibatkan hampir 50 kenderaan.

    “Konvoi itu akan dilepaskan oleh Dr. Zaliha,” katanya kepada Bernama selepas mesyuarat jawatankuasa persiapan sambutan merdeka di Wisma Perbadanan Labuan hari ini. Program lain termasuk pameran agensi kerajaan, pertandingan deklamasi puisi kemerdekaan dan pertandingan pakaian beragam.

    Azman berkata agensi kerajaan dan firma swasta digalakkan untuk mengibarkan Jalur Gemilang di premis mereka sempena sambutan Bulan Kebangsaan pada Ogos. – Bernama

    Dr Zaliha Mustafa ketika sidang media selepas Majlis Pra Pelancaran Floria Diraja Putrajaya 2024 di Monumen Alaf Baru pada 18 Julai. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda