Monday, May 20, 2024
25.6 C
Brunei

    -

    Lakonan Beto Kusyairy dalam iklan baju Melayu macam filem

    Suntingan video pelancaran koleksi baju Melayu Bulan Bintang ala filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan yang menampilkan pelakon Beto Kusyairy hangat diperkatakan di media sosial.

    Menerusi video berdurasi tiga minit itu memperlihatkan Beto tampil dalam persalinan baju Melayu bertarung dengan beberapa penjahat di dalam sebuah hutan.

    Teknik silat yang dipaparkan Beto membuatkan ramai teruja malah membandingkan penampilannya menerusi filem Mat Kilau.

    Malah tidak hanya itu, penonton turut meluahkan rasa kagum dan membandingkan kualiti video kempen tersebut dengan filem berkenaan yang sebelum ini dikatakan tidak kemas dan teknik kamera yang bergegar. “Marketing dia mantap! Video steady dari filem yang gegar tapi tak boleh nak salahkan sesiapa.

    “Lepas ini dah boleh buka produkasi pula, hasilkan karya yang lebih segar,” antara komen warganet.

    Video tersebut dikongsi oleh pengasas jenama terbabit, Azzim Zahid Azmi di Twitter yang sehingga kini sudah mencapai 600,000 tontonan.

    Sementara itu, Azzim menerusi hantaran Instagram, berkata, pelantikan Beto sebagai duta jenama tersebut menjadi satu fenomena yang tidak terjangka. – Agensi

    Pelakon Beto Kusyairy cetus fenomena selepas dilantik jadi duta Bulan Bintang. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mengundi dalam pilihan raya fasa kelima

    AYODHYA, 20 MEI - Berjuta-juta orang India di 49 kawasan pilihan raya mula membuang undi pada hari ini ketika pilihan raya selama enam minggu...