Monday, May 20, 2024
28.6 C
Brunei

    -

    A. Aida agih 1,500 bungkus bubur lambuk

    Mengambil keberkatan bulan Ramadan, penerbit Datuk A. Aida mengagihkan 1,500 bungkus bubur lambuk secara percuma kepada penduduk di sekitar kawasan Gombak pada petang Sabtu.

    A. Aida atau Zaidah Awang, 53, berkata, aktiviti agihan makanan tersebut merupakan rutin tahunannya dengan Kerjasama Salam HD Unifi TV sejak 2016 dan pernah menjelajah ke beberapa lokasi lain sebelum ini.

    “Ini adalah aktiviti setiap tahun kami, yang mana kami akan memilih masjid-masjid yang bersesuaian untuk dijadikan lokasi pengagihan bubur lambuk,” katanya kepada mStar.

    A.Aida berkongsi perkara itu ketika ditemui di Masjid As Syakirin, Gombak ketika agihan bubur lambuk bersama selebriti.

    Antara selebriti yang turut hadir pada program itu adalah Norlia Ghani, Amaris, Mubarak Majib, Fathil Dani, Afzan A. Rahman, Lan Zailan, Da’i Annas, Da’i Hakim dan Ustaz Safuwan.

    Dalam pada itu, A. Aida menjelaskan bubur lambuk yang diedarkan juga adalah air tangan penduduk setempat yang bergotong-royong sejak pagi Sabtu sebelum diagihkan pada sebelah petang.

    Selain agihan bubur lambuk, A. Aida turut mengadakan majlis berbuka puasa bersama penduduk setempat yang bertungkus lumus menyiapkan juadah tersebut.

    Tambahnya, program seperti ini dapat menggalakkan orang ramai membantu mereka yang memerlukan ketika bulan Ramadan. – Agensi

    A. Aida akan ke lokasi lain bagi menyerahkan bubur lambuk. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mengundi dalam pilihan raya fasa kelima

    AYODHYA, 20 MEI - Berjuta-juta orang India di 49 kawasan pilihan raya mula membuang undi pada hari ini ketika pilihan raya selama enam minggu...