Tuesday, May 21, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Latihan bersepadu pastikan kelancaran HK-40

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 FEB – Hanya tinggal beberapa hari saja lagi, Negara Brunei Darussalam akan menyambut ulang tahun Hari Kebangsaan ke-40 (HK-40) dengan upacara perhimpunan agung yang akan diadakan di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas pada 24 Februari ini.

    Sehubungan itu, bagi memastikan perjalanan acara berjalan lancar, latihan bersepadu upacara perhimpunan agung yang melibatkan 25,000 peserta yang terdiri daripada kalangan penuntut dan warga perkhidmatan awam telah diadakan hari ini.

    Latihan bersepadu berkenaan telah disaksikan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi bin Haji Mohammad, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei serta ahli-ahli jawatankuasa tertinggi HK-40.

    Semangat patriotisme, cinta dan taat kepada raja dan negara jelas terlihat pada wajah setiap peserta yang dalam sama-sama menjayakan upacara perhimpunan agung sambutan HK-40 berkenaan.

    Selain perbarisan lalu, latihan turut menyaksikan acara persembahan padang iaitu Persembahan Cita Bangsa Sejarah Terukir dan Persembahan Mempertahankan Bangsa.

    Tema sambutan HK40 adalah Bersatu Mencapai Cita Negara yang mengingatkan betapa pentingnya kerjasama dengan pendekatan seluruh negara untuk kemajuan negara dan keselamatan dunia dan akhirat.

    Latihan bersepadu berkenaan akan diteruskan lagi esok sebagai persiapan untuk raptai penuh yang akan dilaksanakan pada 22 Februari.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi hadir menyaksikan latihan bersepadu berkenaan. – GAMBAR OLEH JAMES KON
    GAMBAR OLEH JAMES KON
    Latihan bersepadu terdiri daripada kalangan penuntut dan warga perkhidmatan awam yang diadakan di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas. – GAMBAR OLEH JAMES KON
    GAMBAR OLEH JAMES KON
    Seorang anggota tentera membuat terjunan payung semasa raptai Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-40 (HK-40) di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas. – GAMBAR OLEH JAMES KON

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mengundi dalam pilihan raya fasa kelima

    AYODHYA, 20 MEI - Berjuta-juta orang India di 49 kawasan pilihan raya mula membuang undi pada hari ini ketika pilihan raya selama enam minggu...