Sunday, January 26, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    FABD bertahlil di Kubah Makam Diraja

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 FEB – Bagi menyemarakkan Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-40 tahun, Persatuan Bola Sepak Brunei Darussalam (FABD) telah mengadakan Majlis Membaca Surah Yasin dan Tahlil di Kubah Makam Diraja, Jalan Tutong, kelmarin.

    Majlis berkenaan diadakan khusus bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit dan Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim.

    Rombongan itu diketuai oleh Presiden FABD, Haji Feisal bin Haji Mohd Eusoff dan disertai oleh Timbalan Presiden FABD, Haji Mahrub bin Haji Murni.

    Juga menyertai majlis ialah ahli-ahli kehormat, ahli-ahli exco dan kakitangan FABD serta perwakilan daripada kelab-kelab bola sepak di negara ini.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diikuti bacaan Surah Yasin dan tahlil yang dipimpin oleh pegawai pelajaran di Pusat Ilmu Teras, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, Awang Mohammed Haji Noor bin Haji Ibrahim.

    Haji Feisal semasa mengetuai rombongan FABD mengadakan Majlis Membaca Surah Yasin dan Tahlil di Kubah Makam Diraja, Jalan Tutong, baru-baru ini. – GAMBAR SERAHAN FABD
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda