Wednesday, September 18, 2024
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lebih 53,000 hilang tempat tinggal di Myanmar

    TAUNGOO, 12 SEPT – Sambil membawa kanak-kanak di belakang mereka atau orang tua di atas rakit buatan meredah air yang semakin meningkat hari ini, berpuluh-puluh ribu penduduk Myanmar melarikan diri daripada banjir teruk yang dicetuskan Taufan Yagi.

    Hujan lebat telah melanda Myanmar susulan Taufan Yagi yang mendarat di Vietnam pada hujung minggu, merosakkan infrastruktur dan menyebabkan tanah susur yang membawa maut di seluruh rantau ini.

    Banjir telah menyebabkan sungai-sungai di Myanmar melimpah melebihi paras bahaya, memutuskan komunikasi dan menyebabkan lebih 53,000 orang kehilangan tempat tinggal, kata pihak berkuasa.

    Kira-kira 600 orang berlindung di bangunan sekolah selepas melarikan diri dari rumah mereka berhampiran sungai Sittaung yang melimpah di bandar Taungoo, kira-kira 220 kilometer dari Yangon, kata penyelamat tempatan kepada AFP.

    “Keadaan kali ini lebih teruk. Ia tidak seperti dahulu,” kata seorang wanita berusia 76 tahun di sekolah itu yang tidak mahu namanya disiarkan.

    “Air naik sehingga separuh rumah kami.

    “Kami meninggalkan beberapa barang. Saya tidak fikir mengenainya lagi. Kami ke sini untuk menyelamatkan diri. Kami membawa beberapa periuk dan kuali bersama kami.

    “Selebihnya kami tinggalkan di bawah bumbung. Saya tidak peduli jika ia selamat atau tidak.” – AFP

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda