Monday, May 20, 2024
25.6 C
Brunei

    -

    Lima warga China, pemandu maut dalam serangan nekad

    PESHAWAR, 26 MAC – Lima warga China yang bekerja di tapak pembinaan empangan utama telah terbunuh bersama pemandu mereka hari ini apabila pengebom nekad menyasarkan kenderaan mereka di barat laut Pakistan, kata pegawai.

    Kenderaan mereka terjunam ke dalam gaung di Lebuhraya Karakoram yang bergunung-ganang selepas pengebom itu merempuh kenderaan mereka dan meledakkan bahan letupannya, kata polis.

    Beijing telah melaburkan berbilion dolar di Pakistan dalam beberapa tahun kebelakangan ini, tetapi projek-projek yang dibiayai oleh China telah mencetuskan kemarahan dan rakyat mereka sering menjadi sasaran serangan.

    Imej yang dikongsi kepada AFP menunjukkan asap naik dari lembah, berhampiran bandar Besham di wilayah Khyber Pakhtunkhwa.

    “Lima warga China dan pemandu tempatan mereka terbunuh dalam serangan itu,” beritahu Muhammad Ali Gandapur, pegawai kanan polis wilayah, kepada AFP.

    Beliau berkata kenderaan itu dalam perjalanan dari tapak empangan hidroelektrik Dasu, yang sedang dibina oleh Syarikat China Gezhouba Group, menuju ke ibu negara Islamabad.

    Zahid Khan, seorang pegawai kanan polis tempatan, memberitahu AFP bahawa empat warga China dan pemandu mereka terbunuh.

    “Setibanya di kawasan yang tidak berpenduduk di Besham, seorang pengebom nekad merempuh kenderaan mereka dengan keretanya. Kenderaan itu terbakar dan terjunam ke dalam gaung,” katanya. – AFP

    Anggota keselamatan memeriksa tapak serangan berani mati berhampiran bandar Besham di daerah Shangla di wilayah Khyber Pakhtunkhwa kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mengundi dalam pilihan raya fasa kelima

    AYODHYA, 20 MEI - Berjuta-juta orang India di 49 kawasan pilihan raya mula membuang undi pada hari ini ketika pilihan raya selama enam minggu...