Friday, March 14, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lirik santai lagu Jom Raya mencuit hati

    Tidak ketinggalan memeriahkan sambutan Aidilfitri tahun ini, penyanyi Daiyan Trisha tampil dengan lagu raya berjudul Jom Raya.

    Berbeza dengan lagu raya yang lain, Daiyan atau Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin, 32, mengetengahkan penggunaan bahasa santai yang sering digunakan di media sosial sebagai lirik.

    Sebagai komposer dan penulis lirik, baginya kata-kata gurauan atau pick up line adalah sesuatu menarik untuk di jadikan sebuah karya dengan gabungan muzik tradisional dan moden.

    “Saya perhatikan ramai suka beri pick up line berkaitan dengan jodoh di media sosial setiap kali tibanya lebaran. Saya selalu sahaja nampak ayat-ayat tersebut digunakan dan ia sangat menarik perhatian.

    “Disebabkan itulah saya mahu realisasikan Jom Raya ini dengan menggunakan patah perkataan yang menarik. Saya mahu hasilkan sebuah lagu raya yang mengandungi pick up line dan disukai oleh semua pendengar,” katanya.

    Tambah Daiyan lagu tersebur sudah mula dihasilkan sejak setahun lalu namun tidak sempat melalui proses rakaman sepenuhnya.

    Dia bekerjasama dengan komposer Glowrush dan Efry Arwis dan ia dihasilkan dalam dua versi iaitu nyanyian solo serta duet bersama penyanyi Alfie Zumi.

    “Ini merupakan lagu raya pertama saya dan sangat mengujakan. Sebenarnya lagu ini sudah pun separuh jalan disiapkan pada tahun lalu tetapi disebabkan kekangan masa, saya tangguh dahulu.

    “Tahun ini saya hanya membuat beberapa penambahbaikan dan terus rakam Jom Raya. Rasanya ini antara projek paling mudah dan paling seronok untuk dihasilkan,” ujarnya.

    Jom Raya sudah dilancarkan sejak 28 Februari lalu termasuk video muzik yang dimuat naik di saluran YouTube. – Agensi

    Daiyan tampil dengan lagu raya baharu. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda