Thursday, January 23, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mahkamah Belgium tolak kes vaksin COVID-19 terhadap Ketua EU

    BRUSSELS, 22 JAN – Mahkamah Belgium menolak tindakan guaman terhadap Ketua Kesatuan Eropah (EU), Ursula von der Leyen yang berkaitan dengan mesej teks yang dihantar antara beliau dengan ketua pengeluar vaksin Pfizer semasa rundingan untuk suntikan COVID-19, kata peguamnya kelmarin.

    Sumber lain yang rapat dengan kes itu mengesahkan kepada AFP bahawa mahkamah rayuan Liege mengisytiharkan tidak boleh diterima sekumpulan aduan yang dikemukakan pada 2023 oleh bekas pelobi Belgium, Frederic Baldan, apabila beliau gagal membuktikan mengalami ‘kesan peribadi’.

    Mahkamah mendapati ‘pengadu salah dalam semua aspek,” kata ‘peguam von der Leyen, Adrien Masset kepada AFP.

    EU bertindak pantas selepas pandemik COVID-19 muncul pada 2020 untuk memastikan vaksin bagi negara-negara anggota membeli untuk warganegara dan penduduk mereka pada masa permintaan global yang tinggi untuk suntikan tersebut.

    Namun, banyak aspek perolehan dari pembekal utama Pfizer telah dirahsiakan, menyebabkan dakwaan kekurangan ketelusan dan beberapa proses undang-undang.

    Tahun lepas, Baldan, yang berhujah bahawa von der Leyen telah melampaui peranannya dan melanggar kod etika suruhanjaya, kalah dalam tindakan saman serupa di Brussels. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda